Search

SENASKAH BUKU, SEJUTA ILMU

Sistem pendi...

  • Share this:

SENASKAH BUKU, SEJUTA ILMU

Sistem pendidikan di Malaysia dikejutkan dengan pandemik yang berlaku, jutaan pelajar di Malaysia terlepas waktu-waktu emas di alam persekolahan mereka berikutan penularan wabak Covid19.

Pun begitu, pastinya kita tidak mahu masa-masa awal kanak-kanak terlepas begitu sahaja disebabkan jurang teknologi dan kekurang kelengkapan lainnya.

Oleh itu, kempen Senaskah Buku, Sejuta Ilmu inisiatif yang dibawakan oleh Pusat Khidmat Rakyat #PermatangPauh ini memfokuskan kepada kepentingan pendidikan kanak-kanak dengan memanfaatkan keadaan sekeliling di kala keterbatasan sumber.

Jadilah sebahagian daripada kami dengan menderma buku-buku yang bakal diedarkan buat kanak-kanak yang terjejas di Permatang Pauh. Biarpun pandemik, pendidikan jangan pernah kita abaikan - kerana hanya melalui pendidikan, kita mampu meningkatkan darjah kesejahteraan kehidupan masyarakat.

#DemiPermatangPauh
#PauhMembaca


Tags:

About author
Follow @n_izzah http://twitter.com/n_izzah Visit our website http://www.nurulizzah.com/ Follow our official Telegram https://t.me/NurulIzzahAnwar
This is the official Facebook Page of Nurul Izzah Anwar
View all posts